


BUAT DIRIKU YANG SERING ALPA
BUAT TEMAN-TEMANKU YANG LEKA
BUAT PARA PEJUANG YANG TAK KENAL PUTUS ASA
AGAR KITA DIKURNIAKAN HIDAYAH ALLAH
AGAR KITA BANGKIT DENGAN MATA YANG CELIK
AGAR KITA SEDAR NASIB UMMAH INI
KERANA KITA ADALAH SATU
KERANA KITA UMMAT ISLAM
KERANA KITA PEJUANG ISLAM
DEMI MENUNTUT REDHA
ILAHI
DEMI MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR
DEMI MENUNAIKAN AMANAH KITA
BACA – HAYATI – BERTINDAKLAH
MEMALI
19 NOVEMBER
1985
OPERASI HAPUS
STATUS MAKLUMAT :
RAHSIA
SUMBER :
SIGNAL DIVISION PDRM
( SIMPANAN UNTUK
PERDANA
MENTERI MALAYSIA
YAB DATO’ DR SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD )
ARKIB FRU
RTM
RUJUKAN :
VCD KEM KOMUNIS
MEMALI
http://www.mohamad-sabu.com

BUKU
: MENGGENGGAM BARA
MENELUSURI
PERJUANGAN 50 TAHUN
DEWAN
PEMUDA PAS PUSAT
DAN
KEZALIMAN ISA
OPS HAPUS
18 November 1985
Jam 1935 Bertempat di Kem Pasukan Polis
Hutan ( PPH ) Sungai Petani , Kedah ; seramai 3600 kekuatan pasukan
polis dari pelbagai bahagian termasuk Unit Simpanan Persekutuan ( FRU ) Pulau
Pinang , dari Senoi Prak dan Komando 69 telah bersiap sedia menurut arahan . Kebanyakan
mereka bukan beragama Islam .
Seorang Pegawai Tinggi dari Bukit Aman , Dato’ Yahya Yeop telah mengetuai
Ops Hapus ini dengan bantuan beberapa orang pegawai dari Pulau Pinang , Kedah
dan Perlis .
Jam 1945 Dato’ Razali Yeop
mengeluarkan arahan iaitu :-
Menyerang
hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang terletak berhampiran sempadan
Thailand .
Jam 2005 Berlaku kekecohan di antara para
pegawai di Kem Sungai Petani dengan pegawai dari Bukit Aman di bilik operasi
Sg. Petani .Kekecohan ini disebabkan perasaan tidak puas hati para pegawai di
Kem Sg. Petani terhadap arahan tersebut kerana sepanjang pengetahuan mereka tidak
wujud sebarang kem komunis di daerah Baling . Jika benar kem itu wujud ,
sudah tentu mereka , PPH akan lebih dahulu mengetahuinya .
Namun menurut mereka arahan itu adalah palsu kerana tempat sasaran mereka
itu adalah kepada Ustaz Ibrahim Libya dan madrasahnya , tempat beliau
menyampaikan kuliyyah setiap malam.
Malah
Pegawai PPH Kem Sg. Petani itu turut menjelaskan bahawa Ustaz Ibrahim Mahmud
adalah seorang tokoh ulamak yang disegani . Ramai di kalangan anggota PPH
Sg. Petani turut mengikuti pengajian
agama bersama beliau .
Akibatnya
, sedikit kekecohan telah berlaku di Bukit Aman kerana beberapa kali Penolong
Pesuruhjaya Polis Bukit Aman gagal dihubungi . Beberapa panggilan lain dibuat .
Akhirnya , pihak di Sg. Petani telah berjaya disambungkan dengan Timbalan
Perdana Menteri ( TPM ) ketika itu , Dato’ Musa Hitam yang juga merupakan
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri . Mereka menyatakan bahawa Ustaz Ibrahim Mahmud
adalah ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam menaikkan taraf
hidup masyarakat
Namun
TPM menegaskan supaya Ops Hapus ( beliau sendiri yang menamakannya sedemikian )
tetap diteruskan .
Jam 2045 Satu majlis keraian telah diadakan
di dataran terbuka Kem PPH . Minuman keras telah sengaja dihidangkan kepada
para anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi . Namun ada sebahagian
daripada anggota PPH tidak menyentuh minuman tersebut .
Jam 2147 Dato’ Razali Yeop selaku Pegawai
Pemerintah Ops Hapus telah menerima mesej daripada wayarles menyatakan 10
perisik PPH telah berjaya memasuki kawasan Memali dan seterusnya memberikan
laporan keadaan di sana.Semua unit kemudiannya telah bergerak di bawah pimpinan
8 pegawai muda memasuki Baling dengan iringan 2 buah kereta perisai. Ketika
ini PPH Sg. Petani telah mula tidak berminat untuk menyertai Ops Hapus ini.
Ketika itu Ustaz Ibrahim sedang menyampaikan kuliyyah seperti biasa untuk
lebih kurang 50 orang yang mengikuti pengajiannya . Kuliyyah itu berlanjutan
sehingga pukul 11.45 malam . Ada yang pulang ke rumah dan ada juga yang
bermalam di madrasah .
Jam 0000 Arahan terakhir telah diterima .
Namun PPH Sg. Petani mencadangakan agar hanya sekatan sahaja yang dilakukan
agar Ustaz Ibrahim Mahmud dan pengikutnya berpeluang menyerah diri . Mereka
menganggarkan bahawa kepungan itu akan mengambil masa paling lama 3 bulan .
Cadangan tersebut dibantah oleh para pegawai dari Bukit Aman dengan
sokongan OCPD Baling . Mereka menganggap strategi itu akan melibatkan pihak
polis dan anggota tentera yang bertugas di Sik dan Baling , sempadan Malaysia –
Thailand .
Sekali
lagi kekecohan berlaku kerana 90% anggota tentera di situ menyokong gerakan
Islam dan arahan Ops Hapus ini kembali dipertikaikan . TPM cuba dihubungi
ketika ini namun gagal kerana beliau telah menuju ke sebuah hotel di Kuala
Lumpur . Ketika itu juga , Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri , Dato’
Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan Ops Hapus dari Ibu Pejabat Polis
Pulau Pinang.
Kemudian
, TPM telah menghubungi mereka dengan suara yang marah dan agak terganggu
beliau telah berkata :-
Teruskan Ops Hapus
walaupun terpaksa menyerang seluruh negeri Kedah !
Pada
waktu yang sama , seorang pemuda telah memberhentikan motosikalnya di hadapan
pagar rumah Ustaz Ibrahim . Setelah diizinkan , dia masuk ke rumah Ustaz
Ibrahim dan memaklumkan bahawa sewaktu dia tiba di pecan Baling dia telah
melihat sekumpulan polis yang terlalu ramai di sana .
Lalu
Ustaz Ibrahim dikejutkan dan begitu juga dengan 39 muridnya yang tidur di
madrasah telah diarahkan oleh Ustaz Ibrahim untuk bersiap sedia mempertahankan
diri . Mereka mula mengumpulkan senjata seperti kapak ,parang , buluh
runcing , pisau dan yang lebih berani lagi telah membuat molotov cocktail . Ustaz ibrahim juga menegaskan ketika itu
bahawa beliau tidak akan menyerah kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ).
Ustaz
Ibrahim kemudiannya mengarahkan pengikut-pengikutnya berwudhu’ di sebuah telaga
yang berhampiran dan seterusnya menunaikan solat sunat , solat hajat dan
membaca Yasiin . Setelah itu beliau menyampaikan ucapan yang menyatakan :
Beliau
lebih rela mati syahid daripada menyerah diri dan tunduk kepada ISA yang
menahan orang tanpa memberi peluang kepada mereka untuk dibicarakan di mahkamah
malagh menjadi alat kepada mereka yang ingin menaikkan semangat nasionalisme . Sekiranya
perintah tahanannya di bawah akta lain , beliau akan keluar menyerah . Tapi
mestilah dibicarakan di mahkamah .
Dia berkata lagi kepada pengikutnya , sesiapa yang ragu-ragu boleh keluar
dari kawasan itu namun kesemua yang ada pada malam itu langsung tidak beralih
dari tempat mereka .
Laungan takbir bergema
dan memecah keheningan malam itu .Ketika itu pula di IPD Baling , segala
persiapan serangan ke atas Kampung Memali semakin rancak dilakukan terutamanya
oleh anggota –anggota polis yang telah mabuk dan hilang fikirannya .
19 November 1985
Jam 0100 3600 anggota polis dari pelbagai unit
telah tiba di Memali dengan senjata automatik dan diiringi 2 buah kereta
perisai mula mengepung Kg. Memali .
Ketika itu , TPM masih
lagi di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi . Segala urusan komunikasi
dijalankan dengan timbalannya yang berada di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang .
Kebanyakan
anggota polis beranggapan bahawa mereka akan menyerang sebuah Kem Komunis –
sebagaimana yang telah diberitahu oleh Dato’ Razali Yeop kepada mereka .
Manakala pasukan polis dari Sg Petani kecil bilangannya dan masih lagi samar
dengan tugasan mereka .
Jam 0300 Kampung Memali telah dikepung
seluruhnya oleh pihak polis dan semua jalan keluar masuk telah ditutup . PPh Sg
Petani telah diarahkan untuk mengepung bahagian Selatan manakala FRU dan Special
Branch ( SB ) telah mengepung bahagian Utara dan Komando 69 pula telah
mengepung sebelah belakang rumah Ustaz Ibrahim yang juga merupakan sekolah
agamanya .
Jam 0336 Dato’ Yahya Yeop telah bercakap
melalui megafon dan meminta supaya Ustaz Ibrahim menyerah diri . Ustaz Ibrahim
berbincang dengan murid-muridnya lalu mereka semua bersepakat untuk tidak akan
keluar menyerah diri . Kesemuanya telah siap-sedia untuk mati syahid dan
mereka bertakbir sekali lagi .
Jam 0400 Sekumpulan orang kampung termasuk
wanita telah muncul dari arah utara . Mereka telah meredah benteng pertahanan
anggota polis dan membawa bersama peralatan yang sering mereka gunakan untuk
bertani sebagai senjata . Mereka ingin memasuki rumah Ustaz Ibrahim Mahmud
untuk memberikan sokongan .
Ketika itu , komando 69 yang masih mabuk telah melepaskan tembakan secara
rambang ke arah mereka . Namun sasarannya tersalah lalu mengenai seorang
pegawai kanan , seorang pegawai rendah dan seorang konstabel PPH . Manakala
orang-orang kampung tadi telah berpatah balik kerana ketakutan .
Satu
perundingan tergempar antara pegawai-pegawai Ops Hapus diadakan untuk meredakan
ketegangan sesama mereka sendiri akibat tembakan tersebut . Arahan mengepung
rumah Ustaz Ibrahim itu masih lagi berkuat kuasa namun pegawai dari IPD Alor
Setar mahu menarik balik anggotanya dari Ops Hapus tersebut dan mahu supaya
kepungan dibatalkan . Mereka telah mengambil iktibar dari kemalangan yang
menimpa rakan-rakan mereka tadi .
Dato’ Yahya Yeop telah menolak permintaan IPD Alor Setar dan
mengarahkan agar kepungan diteruskan .
Jam 0521 Azan Subuh berkumandang dari rumah Ustaz Ibrahim . Laungan azan itu menjentik
hati para anggota polis dari Alor Setar . Mereka semakin tawar hati malah
mencurigai tujuan sebenar Ops Hapus ini .
Suara bacaan Ustaz Ibrahim yang mengimami Solat Subuh itu semakin sayu . Tiba-tiba
seorang pegawai berbangsa India dari Bukit Aman
mengarahkan agar serangan dimulakan ketika itu namun arahannya ditentang
oleh pegawai-pegawai bawahannya yang beragama Islam .
Jam 0559 Solat Subuh selesai . Sekumpulan orang kampung muncul lagi lalu menyerbu
masuk ke kawasan rumah Ustaz Ibrahim sambil melaungkan takbir dan menggenggam
senjata kampung .
Melihatkan
reaksi itu maka Pegawai PPH mengarahkan anggotanya berundur dan membiarkan
orang kampung . Mereka PPH hanya diarahkan untuk bertahan dan bersiap sedia .
Keadaan semakin cerah dan ini semakin mendedahkan kejijikan perancangnya . Ini
dikukuhkan lagi dengan beberapa siri penangkapan pemimpin-pemimpin Islam
sebelum Ops Hapus ini .
Jam 0815 Setelah mendapat kelulusan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam
Negeri maka Dato’ Yahya Yeop sebagai Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah
mengarahkan 2 buah kereta perisai mula menyerang rumah Ustaz Ibrahim Mahmud
. Mereka kemudiannya dihalang oleh pengikut-pengikut Ustaz Ibrahim
dengan lontaran molotov cocktail .
Pasukan polis memberikan respon
berundur terhadap lontaran tersebut sambil memuntahkan peluru dari
senjata automatik . Pada waktu yang sama , 4 wanita dan 3 kanak-kanak
telah berlari keluar dari rumah setelah diarahkan oleh Ustaz Ibrahim . Mereka
kemudiannya telah dikepung dan ditangkap lalu dihumban ke dalam trak polis
yang diawasi oleh anjing .
Tembakan daripada pihak polis masih lagi berterusan dan mereka sambutnya
dengan laungan takbir .
Jam 1105 Komando 69 diarahkan untuk menyerang rumah Ustaz Ibrahim
Mahmud . Pasukan polis mula melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah
rumah Ustaz Ibrahim . Mereka menghadapinya dengan kain basah atau membasuh muka
malah ada juga yang menutup dengan guni basah . Selain itu ada juga yang
mengunyah daun-daun kayu setelah membaca sesuatu .
Mereka
berjaya menghadapi serangan gas pemedih mata itu yang berlangsung selama
beberapa minit melainkan beberapa kanak-kanak. Salah seorang kanak-kanak itu
telah pengsan dan mulutnya berbuih-buih . Cikgu
Syafie Ali , salah seorang pengikut Ustaz Ibrahim marah melihatkan situasi
kanak-kanak itu lalu dengan parang yang terhunus beliau telah pergi untuk
menyerang polis .
Namun
beliau telah dihujani dengan peluru dan terus ditembak ketika beliau berusaha
untuk bangun akibat jatuh setelah ditembak . Maka gugurlah beliau sebagai
Syuhada’ pertama Memali .
Serangan
gas telah reda . Kemudian kedengaran lagi suara dari Dato’ Yahya Yeop dari
megafon dan kali ini meminta supaya pihak yang dikepung menghantar wakil untuk
berbincang . Ketika itu , salah seorang anak murid Ustaz Ibrahim ; Mat Piah
Yunus yang lebih dikenali sebagai Pak Teh telah berjumpa dengan Ustaz Ibrahim
dan meminta penjelasan berhubung permintaan Dato’ Yahya Yeop .
Ustaz
Ibrahim menyatakan bahawa pintu rundingan pada hari itu telah tertutup dan
beliau tidak akan berunding apa-apa pun dan tidak akan menyerahkan diri .
Memandangkan kepada ketegasan Ustaz Ibrahim serta murid-murid yang lain maka Pak Teh telah membuat keputusan sendiri
sambil bertawakkal kepada Allah . Pak Teh tampil berjumpa Dato’ Yahya Yeop yang
berdiri di samping kereta perisai manakala dia sendiri berdiri di sebalik pagar
rumah Ustaz Ibrahim .
Pak
Teh mempersoalkan tanpa rasa gerun kenapa perlukan perbincangan sedangkan orang
kampung sudah ada yang syahid ditembak pihak polis . Dato’ Yahya Yeop terdiam
seketika namun kemudiannya menjawab bahawa mereka ingin menangkap 4 orang
penjenayah yang berada di situ . Lantas Pak Teh mempelawa beliau untuk
masuk sendiri ke rumah Ustaz Ibrahim dan melihat apakah 4 penjenayah itu berada
di situ .
Dato’
Yahya Yeop kelihatan tidak berminat dan sedang memikirkan sesuatu setelah
mengetahui Ustaz Ibrahim tidak mahu menyerah diri . Setelah berulang-alik
antara Ustaz Ibrahim dan Dato’ Yahya akhirnya Pak Teh masuk semula . Namun
semasa melewati kumpulan Muslimat dan kanak-kanak yang berada di pagar , beliau
sempat mengarahkan mereka untuk berlindung di belakang rumah .
Ketika
itu , beliau ternampak ada anggota polis yang ingin menembak Pak Suman dan
tanpa berlengah beliau segera menyerbu ke arah polis tersebut dengan parang
yang terhunus .
Parangnya sempat singgah kepada salah seorang daripada polis itu namun
kemudian beliau dihujani dengan tembakan yang bertalu-talu dan disambut dengan
laungan takbir .
Pak Teh terlantar setelah ditembak
sebanyak 14 das tembakan dari M-16 . Setelah Ops Hapus
, beliau terlantar di Hospital Sg. Petani dengan keadaan bergari . Kemudiannya
, beliau dihantar ke Kem Kemunting sebagai tahanan ISA .
Jam 1136 Komando 69 menyerbu masuk sambil memuntahkan peluru . Berlaku beberapa
pergelutan dengan Ustaz Ibrahim dan beberapa orang yang masih lagi bertenaga .
Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan Komando 69 di halaman
rumah . Polis terus menembak mereka mereka walaupun mereka tidak bersenjata
.
Ketika
serangan yang menggila daripada pihak polis itu dalam tempoh ½ jam , hujan
mulai turun renyai-renyai dan terus lebat sebaik sahaja serangan tersebut tamat
. Hanya laungan takbir yang terus mereka laungkan sehingga nyawa mereka telah
tiada . Ramai yang mati dan ada juga yang cedera teruk .
Beberapa anggota komando telah menyerang Ustaz Ibrahim dan
beliau melawan sehingga menyebabkan salah seorang dari mereka terbunuh .
Akhirnya beliau syahid apabila badannya ditembusi muntahan peluru dari senjata
automatik .
Ustaz
Ibrahim gugur dengan dengan tangan yang tergenggam ke atas dan mulutnya masih
lagi melaungkan Allahu Akbar !
Seorang pegawai polis telah meluru ke arah Ustaz Ibrahim yang rebah dan
memangkunya . Ketika itu juga isteri Ustaz Ibrahim datang . Di saat itu mereka
mendengar Ustaz Ibrahim berkata :
Alhamdulillah ! Kerana telah mengorbankan kami ke jalan
mati syahid .
Jam 1213 Serangan telah ditamatkan . Semua yang ditangkap telah ditutup kepala
mereka dengan karung guni . Beberapa anggota komando kelihatan menendang tubuh-tubuh
yang terkujur untuk memastikan sama ada mereka telah mati atau tidak . Ada pula
yang masih menembak mereka yang terkujur itu sambil mencemuh :
Pergi jahanam dengan Islam !
Jam 1305 Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah membuat laporan rasmi kepada Ibu Pejabat
Polis Pulau Pinang dan kepada TPM di Kuala Lumpur . TPM mengarahkan agar
semua penduduk Kg. Memali ditangkap agar rahsia Ops Hapus tidak terdedah.
Jam 1500 Penangkapan
penduduk kampung diteruskan dan dibawa dengan 2 buah helikopter polis . Mangsa yang terkorban di kalangan orang kampung termasuk Ustaz Ibrahim dan
anggota polis di bawa ke Hospital Sg. Petani dan Alor Setar .
Jam 1510 Sekitar
30 anggota tentera lengkap bersenjata dari Regimen Askar Melayu Di-Raja ( RAMD
) tiba di hadapan rumah Ustaz Ibrahim Mahmud .
Berlaku pertelagahan antara anggota polis dengan ketua pasukan tentera itu
yang berpangkat Kapten . Mereka menyuruh agar anggota polis yang ramai itu
bersiap-sedia untuk menghadapi kemungkinan bertempur dengan pihak tentera .
Menyedari bilangan mereka sedikit
maka pihak tentera telah mengambil keputusan untuk meredakan ketegangan itu .
Lantas Kapten itu berkata :
Hari ini hari kamu ! Kamu boleh lakukan apa yang kamu mahu . Tapi ingat ,
akan tiba satu hari nanti kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara
!
Tidak lama selepas Tragedi Memali ini ,
soal-siasat secara besar-besaran telah dijalankan ke atas semua anggota tentera
dan polis. Kebanyakan yang dipanggil adalah mereka yang cenderung kepada
gerakan Islam iaitu Parti Islam Se-Malaysia ( PAS ) .
Mereka juga
mendapat tahu akan kewujudan pembekuan kenaikan pangkat terhadap mereka . Lalu
ramai yang meletakkan jawatan .
UNTUK PENGETAHUAN ANDA SEMUA !!!
KES MEMALI TIDAK PERNAH DIBICARAKAN WALAU
SEMINIT PUN DI MAHKAMAH AKAN TETAPI BERTERUSAN DITANGGUHKAN SAHAJA !
BARISAN NASIONAL JUGA MELANGGAR PERINTAH MAHKAMAH
DENGAR MENYIARKAN KLIP PALSU MEMALI DI MEDIA UNTUK MEMBURUK-BURUKKAN PAS !
SIAPAKAH IBRAHIM LIBYA ?
Ustaz Ibrahim Libya merupakan tokoh utama rakyat negara ini
dalam penentangan terhadap ISA . Nama sebenarnya ialah Ustaz Ibrahim b. Mahmood
b. Hanafi b. Saman . Ibunya bernama Sofiah bt Cik Nik b. Mohd Hassan . Dilahirkan di Kampung Charok
Putih , Mukim Siong , Baling Kedah pada pada tanggal 1 Julai 1942 . Beliau
adalah anak kedua dari lima orang adik beradik .
Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu Weng , Baling ketika
berusia 7 tahun . Pengajiannya di sekolah berkenaan terbahagi kepada dua sesi
iaitu pada waktu pagi sesi pengajian akademik biasa dan pada waktu petang sesi
pengajian agama Islam . Pada sebelah malamnya beliau belajar al-Qur’an dan
berguru daripada Ustaz Haji Abdul Ghani. Beliau juga agak aktif dalam kegiatan
sukan bola sepak dan sepak takraw di sekolah
. Beliau memang dikenali sebagai seorang pelajar yang tekun dan suka membaca di
samping berjimat-cermat dalam perbelanjaan .
Ustaz Ibrahim Libya meneruskan pengajian menengahnya di
Sekolah Agama ( Pondok ) di Charok Putih iaitu Madrasah Ittifaqiah . Selama 3
tahun di sekolah ini beliau telah dididik dengan ilmu tauhid , tafsir , hadith
, feqah dan sejarah Islam . Setelah itu beliau menyambung pengajiannya di
Madrasah Khairiah , Pokok Sena yang juga dikenali sebagai Pondok Tuan Guru Haji
Ahmad Tuan Hussin .Selama 8 tahun di madrasah ini , beliau mendalami lagi
ilmu-ilmu agama seperti Usul Feqh , Tasawuf , Mantiq dan pelbagai ilmu lagi
yang menyentuh tentang syariat Islam .
Bakatnya dalam pidato dan syarahan terserlah di
sinidengan menyertai beberapa pertandingan termasuklah pertandingan perbahasan
,syarahan dan mentafsir al-Qur’an . Beliau juga mulai aktif dalam sukan seperti
sepak takraw dan badminton . Walaupun beliau bertubuh kecil namun kebolehan dan
bakatnya telah melonjakkan beliau sehingga menjadi Ketua Pelajar di Madrasah
ini . Beliau juga digelar Osman Walad kerana bentuk tubuh yang lebih kecil
berbanding rakan-rakannya yang lain . Setelah tamat pengajian di Madrasah ini
belai telah menyambung pengajian di Nilam Puri , Kota Bharu , Kelantan pada
tahun 1966 dan berjaya menamatkan pengajiannya dalam masa 2 malah turut
melepasi peperiksaan asy-Syahadah
al-‘Aliah .
Setelah itu beliau melanjutkan pelajarannya ke Darul Ulum
, Deoband , Saharanpur , Uttar Pradass di India pada tahun 1968 . Di sini
beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam pengkhususan
ilmu hadith . Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar ,
Mesir dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Syariah . Kemudian
beliau telah menyambung pengajiannya di
Ma’ahad Dakwah , Tripoli , Libya dan memperolehi Ijazah Dakwah Tertinggi dalam
masa 1 tahun . Setelah belajar di sini , beliau mendapat gelaran Ibrahim Libya
dari teman-teman dan gelaran itu berpanjangan sehinggalah Ustaz Ibrahim Libya
kembali ke Malaysia .
Setelah 7 tahun merantau di luar negara , akhirnya beliau
telah kembali ke Malaysia dan ditawarkan berkhidmat di Pusat Islam Malaysia di
bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai Pegawai Dakwah . Beliau bertugas di bawah
seliaan Ustaz Ahmad Awang . Setelah 3 tahun berkhidmat beliau telah meletakkan
jawatan dan kembali berbakti kepada masyarakat kampungnya . Ini kerana beliau
ingin memenuhi permintaan gurunya Lebai Yaakob , Charok Putih yang mahu beliau
membantunya menjadi pendidik di samping beliau sendiri merasai tidak bebas berdakwah
di dalam jawatan kerajaan tersebut .
Setelah kembali ke kampung , beliau aktif berceramah di
seluruh negara dan membantu gurunya mengajar agama . Beliau juga telah membuka
madrasah sendiri yang dinamakan Madrasah Islamiah Diniah di Kampung Memali .
Pada masa yang sama , beliau mulai aktif
dalam PAS dan memegang beberapa jawatn penting di peringkat kawasan ,
daerah dan negeri malah pernah diamanahkan sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS
Negeri Kedah . Beliau juga pernah bertanding sebagai calon PAS dalam
pilihanraya umum pada tahun 1978 dan 1982 di DUN Bayu . Ustaz Ibrahim Libya
telah tewas dengan majoriti 300 undi . Keaktifan dan semangat beliau untuk
berdakwah menjadi ancaman kuat kepada penyokong-penyokong kerajaan dan ahli-ahli
UMNO sehingga beliau difitnah dengan pelbagai tohmahan .
Kemuncaknya beliau telah difitnah sebagai pengganas dan
melatih anak-anak murid untuk melakukan pemberontakan bersenjata serta
menghasut orang ramai menentang kerajaan secara terbuka . Tuduhan yang
dilemparkan kepada beliau belum dibuktikan melalui undang-undang negara yang
sedia ada namun beliau telah dianggap sebagai seorang penjenayah besar . Ustaz
Ibrahim Libya cuba untuk ditahan di bawah ISA pada 1984 namun gagal ekoran
beliau telah dipertahankan oleh pengikut-pengikutnya dan sekali lagi percubaan
untuk menangkapnya dilakukan pada tahun 1985 . Pihak keselamatn telah
mengarahkan sejumlah besar pasukan polis termasuk unit Polis Hutan membuat
kepungan bukan sahaja di sekitar madrasah bahkan di seluruh Kampung Memali .
Pihak polis telah membuat sekatan jalan raya dan meminta asy-Syahid Ibrahim
Libya untuk menyerah diri namun beliau tetap teguh dengan pendiriannya untuk
tidak menyerah diri kepada pemimpin yang zalim .
Akhirnya , pihak polis telah merempuh masuk ke dalam
kawasan madrasah beliau dengan sebuah kereta perisai Polis . Beliau telah
ditembak dengan kejamnya dan syahid bersama 13 orang pengikutnya yang lain .
Peristiwa berdarah ini lebih dikenali sebagai ‘ Tragedi Memali ’ dan tarikh 19 November 1985 pasti tidak akan dilupakan oleh
mana-mana pendokong gerakan Islam di Malaysia . Berikutan tragedi ini , PAS
telah diasak , ditohmah , dikekang dengan pelbagai cara termasuk dengan
mengaitkan peristiwa ini dengan Amanat Hj. Hadi seorang pemikir Islam yang
paling berpengaruh dalam PAS ketika itu .Ceramah-ceramah PAS telah diharamkan
di beberapa buah negeri seperti Kelantan , Terengganu , Kedah serta Perlis .
Kesannya cukup ampuh apabila PAS hanaya memenangi satu kerusi Parlimen dalam
pilihanraya umum tahun 1986 iaitu di kawasan tradisinya , Pengkalan Chepa .
KRONOLOGI TANGKAPAN ISA
Demonstrasi Padi di Kedah 1980
Tunjuk perasaan atau demonstrasi di hadapan Wisma
Negeri di Alor Setar adalah untuk menuntut kenaikan harga padi . Tunjuk
perasaan itu tidak secara langsung mempunyai kaitan dengan PAS tetapi kebetulan
pemimpin-pemimpin negeri ( PAS Kedah ) terlibat sebagai petani dan menyertainya
.
Dalam tunjuk perasaan ini pada 23 Januari 1980 ,
pihak keselamatan telah menahan 14 pemimpin PAS dalam ISA termasuk 3 pimpinan PAS
Kedah . Mereka
ialah Othman Hj. Marzuki , Solahuddin Mansor dan Halim Arshad .
Tangkapan Pemuda 1984
Tahun 1984 menyaksikan kebangkitan PAS di kalangan
generasi muda . Ketika ini kerajaan menangkap beberapa tenaga penggerak PAS di
bawah ISA dan mengaharamkan ceramah PAS di Kelantan ,Terengganu , Kedah dan
Perlis .Di antara
pemimpin pemuda PAS yang ditahan bawah seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki
mengakibatkan perpecahan di kalangan masyarakat Melayu adalah
Hj. Abu Bakar Chik , Mohammad b. Sabu , Bunyamin Yaakob ditahan pada 10 Julai
1984 dan dikenakan perintah tahanan pada 08 September 1984 .
Isu kafir-mengkafir yang hangat di Besut tahun itu
menyebabkan 2 pemimpin PAS Besut ditahan di bawah Enakmen Kediaman Terhad ,
Seksyen 2 iaitu Ustaz Abdul Latif Mohammad yang dibuang negeri ke Sitiawan ,
Perak dan Ustaz Mohammad b. Jusoh yang telah dibuang negeri ke Kampar , Perak .
Pihak polis juga bertindak menangkap pemimpin Pemuda PAS di Kedah iaitu Ustaz
Ibrahim Mahmood di bawah ISA . Menurut Kertas Putih Kerajaan Malaysia 1988 (
Memali ) :
“ Polis telah bertindak untuk menangkap dan
menahan Ibrahim b. Mahmood di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 pada jam
1.00 pagi , 2 September 1984 , di rumahnya di kampung Memali . Usaha tersebut
telah dihalang oleh lebih 100 pengikut Ibrahim Mahmood . Mereka keluar secara
mengejut dari setiap penjuru rumah tersebut dengan bersenjatakan buluh runcing
sambil melaungkan ‘ Allahu Akbar ’ . Ibrahim Mahmood pada masa itu berada dalam rumahnya , terus mengurung diri dan
enggan keluar apabila diminta menyerah diri . Suasana ketika itu sungguh tegang
dan dengan mengambil kira keselamatan orang awam dan bagi mengelak kekacauan
serta kemungkinan pertumpahan darah , pihak polis membuat keputusan
menangguhkan penangkapan Ibrahim Mahmood buat sementara waktu ”.
Seorang pemimpin pemuda PAS berkata selepas dari
tragedi itu Ustaz Ibrahim Mahmood dikawal ketat oleh pengawalnya
sehinggalah kepada Tragedi Memali di mana pihak keselamatan bersungguh-sungguh
menangkap beliau sehingga menyebabkan kematian 18 orang di pihak Ustaz Ibrahim
dan anggota polis .
Tragedi
Memali 1985
Tragedi yang berlaku pada 19 November 1985 ini
merupakan kemuncak manifestasi penentangan ahli PAS terhadap ISA . Penggerak
utama peristiwa ini adalah Ustaz Ibrahim Mahmood yang dikenali sebagai Ibrahim
Libya . Beliau merupakan bekas pendakwah di Pusat Islam yang meletakkan
jawatannya untuk berkhidmat dan memberikan kefahaman Islam kepada penduduk
kampungnya di Memali yang rata-rata agak rendah kefahaman dan pengetahuan Islam
.
Usaha kemuncak menangkap beliau adalah pada 19
November 1985 selepas kegagalan penangkapannya pada 2 September 1984 . Menurut
Kertas Tahanan 21 Memali :
“.... gerakan tersebut ialah untuk menangkap
Ibrahim b Mahmood dan dua orang lain di bawah AKDN,tiga orang telah dikeluarkan
waran tangkap ke atas mereka serta 32 orang pengikut disyaki terlibat dalam
pergerakan jenayah yang berselindung di rumah Ibrahim Mahmood ...”
Menurut sumber Kertas Putih yang dikeluarkan oleh
Kementerian Dalam Negeri seramai 576 anggota polis telah digunakan dalam
operasi tersebut
manakala dari sumber penduduk kampung seramai 3600 orang anggota polis yang
terlibat .
Operasi penangkapan ini berakhir dengan satu tragedi yang menyayat hati malah
menarik perhatian antarabangsa . Tragedi
ini telah mengorbankan Ustaz Ibrahim bersama 13 lagi pengikutnya dan 4 anggota
polis . Media
massa pula menonjolkan seolah-olah berlaku pertempuran yang dahsyat antara
pihak keselamatan dan pejuang Islam negara ini . Ada laporan akhbar yang
menyifatkan tragedi ini seakan sama dengan tragedi yang menimpa di Talang Sari
, Indonesia .
Suasana agak tegang dan seluruh media massa
meng’kambing-hitam’kan PAS dan pimpinannya malah mengatakan amanat Hj. Hadi
yang mendominasi pemikiran para pengikutnya . Malah
Ustaz Ibrahim telah digambarkan sebagai penjenayah negara dan dituduh membawa
ajaran sesat .
Di antara mereka yang terkorban dalam tragedi ini
adalah Ibrahim Mahmood , Ahmad Hassan , Syafie Dahaman , Abdullah Saman ,
Radzki @ Zakaria Ahmad , Hambali Mohammad Senang , Idris A. Kadir , Mohd Aroff
Hasyim , Zamri Mohd. Isa , Abdullah Yassin , Mohd Daud Kadir dan Ahmad Ismail .
Manakala
anggota polis yang terbunuh ialah Insp. Azmi Hamzah , Sarjan Abd Rahman Mat
Noor , Konstabel Jaafar Sain dan Konstabel Mohd Suli Osman . Pihak
polis telah menahan seramai 110 orang penyokong Ustaz Ibrahim dalam penjara dan
36 orang di bawah ISA malah ditempatkan di Kem Kemunting , Taiping mulai 22
Januari 1986 dan mereka adalah :
Razali
Abdul Kadir , Abd Rahman Salleh , Hussain Yahya , Osman Salleh , Ishak Che Noh
, Che Mid Che Teh , Shaari Ahmad , Elias Mahmood , Khatib Ibrahim , Tajudin
Osman , Ahmad Kadir , Abd Hamid Omar , Zulkifli Ishak , Sobiri Hassan , Ramli
Salleh , Zakaria Jusoh , Manas Abdullah , Sahimi Hussain , Zaman Mahmod , Abd
Rahim Awang Boh , Ishak Che Him , Azmi Jusuh , Abd Raof Ismail , Abd Rahim
Husin , Abas Ibrahim , Md. Piah Abdullah , Ramli Che Mid , Abdullah Che Soh ,
Ahamd Ayub , Mat Hassan Salim , Zakaria Abd Rahman , Jaafar Nayan , Mansur
Othman , Azmi Salim , Md Piah Yunus dan Mahmod Yusuf Hussain .
Dalam
siasatan awal , pihak polis meletakkan mangsa Memali di beberapa buah balai
polis yang berasingan di seluruh Kedah manakala di Kemunting , saudara Yusof
Hussain ( orang kanan Ustaz Ibrahim Libya ) diletakkan berasingan dengan 35
tahanan yang lain.Tekanan
dan kritikan telah diberikan kepada pihak kerajaan dalam menangani Operasi
Memali ini dan penahanan mereka di bawah ISA . Akhirnya Menteri Dalam Negeri
membebaskan 36 tahanan ISA ini pada Selasa , 3 Jun 1986 setelah 4 bulan
di’rehat’kan di Kemunting .
Operasi Lalang
Operasi Lalang
adalah kod yang digunakan untuk menahan 106 individu yang didakwa mengancam
keselamatan negara pada Oktober 1987 di bawah ISA .
Dalam operasi ini seramai 15 pimpinan PAS telah ditahan . Keadaan negara hampir menjadi seperti Tragedi
13 Mei 1969 berpunca apabila Kmenterian Pendidikan melantik guru yang tidak
berpendidikan Mandarin menjawat Jawatan Kanan di SRJK ( Cina ) dan ketika ini
MCA , DAP serta 15 persatuan Cina yang lain menentang langkah kerajaan .
Seterusnya semakin
tegang ekoran tunjuk perasaan Pemuda UMNO di Kuala Lumpur pada 17.10.1987 malah
mereka turut merancang untuk mengadakan perhimpuna umat Melayu seramai 500,000
untuk merayakan ulang tahun 41 tahun UMNO namun dibatalkan untuk mengelakkan
ketegangan kaum . Maka Operasi ini dijalankan dengan menjustifikasikan
penangkapan ahli-ahli PAS di bawah ISA dengan isu Kristianisasi , Jundullah dan
lain-lain isu yang menyentuh persoalan umat Islam . Di samping itu PAS juga dituduh
menubuhkan Jundullah keanggotaannya bukan sahaja dari Kelantan berikutan
ketegangan kaum ini . Kertas Putih Kerajaan 1988 turut menyatakan bahawa mereka
memberi latihan keagamaan dan ketenteraan termasuk menjalani latihan dengan
pihak Gerila Pembebasan Islam di Selatan Thai serta mendapat bekalan senjata
api .
Pihak Pas telah
membantah tindakan kerajaan menangkap ahli-ahlinya dan telah menghantar
memorandum kepada Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri . Penyokong PAS juga
menjangkakan lebih ramai lagi pemimpin mereka akan ditahan lalu kawalan dibuat
di rumah-rumah pemimpin
dan ada juga pemimpin PAS yang menyelamatkan diri keluar negeri .
Operasi Kenari
Operasi Kenari adalah kod pihak keselamatan bagi tangkapan ISA terhadap
ahli-ahli PAS di Kedah dan Perak .Penangkapan ini dikaitkan dengan isu
Muassasah Darul Ulum , Kedah . Muassasah ini adalah model pekan Islam yang
mengandungi pusat pendidikan , perkampungan dan blok kedai dan merupakan
perancangan PAS Pusat melalui PAS Kedah . Ia menjadi isu apabila kerajaan Kedah
merampas tanah itu dan reaksi yang keras timbul dari ahli-ahli PAS . Bantahan
seperti demonstrasi telah diadakan dan ribuan ahli PAS setiap hari hadir ke
situ untuk menyatakan sokongan dan mengadakan kawalan .
Pada 16 November 1988 terpampang di akhbar bahawa polis telah menahan 23
orang di bawah ISA di Kedah dan Perak
berikutan kebakaran beberapa bangunan di kawasan berhampiran tapak pelancaran
SEMARAK Negeri Kedah . Menurut Timbalan Ketua Polis Negara , Tan Sri Jaafar
Abdul , polis telah merampas 6 pucuk pistol dan sejumlah besar peluru pelbagai
jenis , 3 butir bom tangan dan beberapa alat untuk membuat jerangkap samar .
Kesannya menyebabkan 31 orang telah ditangkap di bawah ISA dan tiada Kertas Putih
yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan memperjelaskan rasional operasi ini .
Tangkapan ini membabitkan tenaga kerja PAS Kedah dan Perak yang telah
menjejaskan sedikit gerak kerja PAS dan sambutan terhadap program PAS juga
turut merosot .
Tangkapan ISA terhadap ahli PAS ini agak lama dan ada yang merengkok di sana
sehingga 4 tahun lamanya dan ujian terhadap perjuangan mereka agak menekan
dalam tahanan tanpa bicara ini .
SOALAN UNTUK ANDA
FIKIRKAN !
KERANA JAWAPAN
SOALAN INI SEPATUTNYA DIJAWAB OLEH BARISAN NASIONAL YANG TIDAK AKAN
SELAMA-LAMANYA MENJAWAB PERSOALAN INI
1.
Perikatan
boleh bersabar terhadap Komunis malah boleh duduk semeja bersama Rashid Maidin
dan Ching Peng , kenapa tidak dalam Kes Memali jika mereka benar-benar Komunis
?
2.
Apa perlunya
2 buah kereta perisai dan seramai 3600 anggota pasukan keselamatan sekiranya
hanya untuk menangkap 4 orang penjenayah sahaja ?
3.
Kenapa arahan
yang diberikan kepada pelaksana Ops Hapus adalah berbeza-beza ?
4.
Kenapa tugas
pihak berkuasa di Sg. Petani dinafikan ?
5.
Kenapa
seluruh penduduk Kampung Memali ditahan sedangkan yang bersalah sudah pun
mereka bunuh ?
6.
Kenapa ada
pasukan tentera dari RAMD yang bertelagah dengan mereka berhubung Ops Hapus ini
?
7.
Kenapa
pasukan keselamatan dijamu dengan minuman keras sebelum operasi itu dijalankan
?
JANGAN
JAWAB SEKARANG !

Jawapan anda boleh ditentukan pada kertas undi pilihan raya
akan datang !