Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH
ReviewOct 10, '09 10:40 PM
for everyone
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Terjemahan Untuk 'Izzuddin
التعزية
Takziah
-وتشرع تعزية أهل الميت،وفيه حديثان:
Takziah keluarga si mati adalah disyariatkan dalam Islam, dan terdapat 2 hadith yang menerangkan tentang takziah ini :-
الأول:عن قرة المزني رضي الله عنه قال:
Hadith Pertama : Yang diriwayatkan oleh Qurrah al-Mizni –radiyALLAHu ‘anhu- :-
كان نبي الله (ص) اذا جلس،يجلس اليه نفر من اصحابه، وفيهم رجل له ابن صغير،يأتيه من خلف طهره فيقعده بين يديه، (فقال النبي:تحبه؟، فقال:يا رسول الله أحبك الله كما أحبه!)،فهلك،فامتنع الرجل أن يحضر الحلقه،لذكر ابنه،فحزن عليه،ففقده النبي،فقال.مالي لا أرى فلانا؟ فقالوا:يا رسول الله بنيه الذي رأيته هلك،فلقيه النبي،فسأله عن بنيه؟ فأخبره بأنه هلك،فعزأه قال: ((يا فلان! أيما كان أحب اليك:أن تمتع به عمرك،أولا تأتي غدا الى باب من أبواب الجنة الا وجدته قد سبقك اليه يفتحه لك؟))
Sesungguhnya Nabi Allah – selawat dan salam ke atasnya – apabila duduk, maka sekumpulan dari sahabat juga akan duduk bersamanya. Ketika itu seorang anak kecil , anak kepada seorang sahabat, datang dari arah belakang ayahnya lalu didudukkan ayahnya di pangkuannya. Maka Nabi bertanya kepadanya : Kamu cintakannya ? Jawabnya : Wahai RasuluLLAH ! Aku mencintaimu ( ATAU ) ALLAH mencintaimu sebagaimana aku mencintai anakku. Maka ( selepas itu ) anaknya meninggal , dan lelaki tadi tidak lagi menghadiri majlis bersama RasuluLLAH kerana mengingati anaknya dan bersedih atas kematiannya. Nabi menyedari kehilangannya lalu bertanya : Manakah si Fulan , aku tak melihatnya di sini ? Maka para sahabat memberitahunya : Wahai RasuluLLAH , anaknya yang telah kau lihat dulu telah meninggal. Baginda terus menemuinya dan bertanyakan tentang anaknya. Dia memaklumkan kematian anaknya lalu Baginda mengucapkan takziah kepadanya lalu berkata : Wahai Fulan ! Yang mana satu lebih kau sukai : Nikmati kehidupan kamu ini atau kelak kamu tidak akan sampai ke satu pintu dari pintu-pintu syurga dan kamu dapati anakmu telah mendahuluimu dan membukakan pintu untukmu?
قال:يا نبي الله ! بل يسبقني الى باب الجنة فيفتحها الى،لهو احب الى، قال:((فذاك لك)).فقال رجل(من الأنصار):يا رسول الله (جعلني الله فداءك) أله خاصة أولكلنا؟ قال:((بل لكلكم)).
Dia menjawab : Wahai Nabi Allah ! Bahkan sudah tentu aku sukai jika dia mendahuluiku dan membukakan pintu syurga buatku. Maka kata Baginda : Maka begitulah keadaannya bagimu. Maka bertanya seorang sahabat dari kalangan Ansar : Wahai RasuluLLAH , moga Allah menjadikanku sebagai galang gantimu; apakah yang kau nyatakan tadi khusus baginya atau untuk kami semua ? Maka jawab Baginda : Bahkan ia adalah untuk kamu semua.
الثاني:عن أنس بن مالك رضي الله عنه عن النبي(ص) قال:((من عزّى أخاه المؤمن في مصيبته كساه الله حلة خضراء يحبر بها يوم القيامة)).
قيل:يا رسول الله ما يحبر؟ قال:((يغبط)).
Hadith Kedua : Yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik –radiyALLAHu ‘anhu- bahawasanya Nabi – selawat dan salam ke atasnya – telah bersabda : Barangsiapa yang mengucapkan takziah buat saudara Mukminnya yang dalam musibah , nescaya Allah akan memberinya pakaian hijau yang akan dicemburui orang lain di hari Kiamat kelak.
-ويعزيهم بما يظن انه يسليهم،ويكف من حزنهم،ويحملهم على الضا ولصبر،مما ثبت عنه (ص)،ان كان يعلمه ويستحضره،والا فبما تيسرله من لكلام الحسن الذي يحقق الغرض،ولا يخالف الشرع،كقولهم:اعطاك عمره! وفي ذلك أحاديث:
Ucapkanlah takziah dengan apa-apa yang dirasakan akan menggembirakan mereka dan boleh menghalang mereka dari kesedihan serta jadikan mereka bersabar sebagaimana yang diajar oleh Baginda sekiranya dia tahu dan ingat. Jika tidak, dengan sebarang kata-kata yang baik yang boleh mencapai matlamat ucapan takziah itu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak. Contoh yang bertentangan dengan syarak seperti kata-kata mereka : Dia telah memberi kamu umurnya . Dalam situasi ini, terdapat hadith yang berkaitan :
الأول:عن أسامة بن زيد قال:
وأرسلت الى رسول الله (ص) بعض بناته:أن صبيا لها،ابنا أو ابنة،(وفي رواية أميمة بنت زينب) قد احتضرت،فاشهدنا،قال: فأرسل اليها يقرؤها السلام،ويقول:((ان لله ما أخذ،و(لله)ما اعطى وكل شيء عنده الى أجل مسمى فلتصبر،ولتحتسب))...الحديث
Pertama : Diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid bahawasanya sampai berita kepada RasuluLLAH berkenaan anak perempuannya : Anak kecil baginya , lelaki atau perempuan ( dalam satu riwayat dinyatakan namanya Umaimah binti Zainab ) telah nazak. Maka dia memohon Baginda untuk hadir. Maka Baginda bersabda : Sampaikan padanya ucapan salamku dan katakan ( Sesungguhnya bagi Allah segala yang diambil , dan bagi Allah apa sahaja yang diberi . Setiap sesuatu padaNya ada tempoh yang ditetapkan. Maka bersabarlah dan renung-renungkanlah )...al-Hadith
قلت :وهذه الصيغة من التعزية من التعزية وان وردت فيمن شارف الموت فالتعزية بها فيمن قدمات أولى بدلالة النص،ولهذا قال النووي في((الأذكار)) وغيرة:((وهذا الحديث أحسن ما يعزى به))
Ini adalah salah satu bentuk ucapan takziah walaupun ianya berkaitan dengan seseorang yang nazak. Takziah ditujukan untuk mereka yang telah mati lebih utama berdasarkan petunjuk dari nas. Lantaran itu Imam an-Nawawi menyatakan di dalam kitabnya al-Adzkar : Hadith ini adalah sebaik-baik ucapan takziah.
الثاني:قوله(ص) للمرأة الأنصارية يعزيها بولدها: أما انه بلغني أنك جزعت على ابنك،فأمرها بتقوى الله وبالصبر،فقالت:يا رسول الله (ما لي أجزع و) اني امرأة رقوب لا ألد، ولم يكن لي غيرة؟ فقال رسول الله:القوب:الذي يبقى ولدها،ثم قا ل:((ما من امرىء أو امرأة مسلمة يموت لها ثلاثة أولاد (يحتسبهم)،الا أدخله الله بهم الجنة)).
فقال عمر (وهو عن يمين النبي): يأبي أنت وأمي واثنين؟ قال: ((واثنين))
Kedua : Kata-kata Baginda – selawat dan salam ke atasnya – terhadap seorang wanita Ansar sebagai takziah untuk anaknya : Sesungguhnya telah sampai berita kepadaku bahawa kamu telah meratapi kehilangan anakmu. Maka RasuluLLAH memerintahkannya untuk bertaqwa kepada Allah dan bersabar. Maka dia berkata : Wahai RasuluLLAH ! Bagaimana aku tidak meratapinya kerana aku wanita yang sudah tua dan tidak lagi melahirkan anak , dan dialah satu-satunya anakku ? Maka bersabda RasuluLLAH : ........ : yang masih ada anaknya , kemudian Baginda bersabda : Tiada seorang pun baik lelaki atau perempuan Muslimah yang kematian 3 anak dan dia bersabar, melainkan Allah memasukkan kesemuanya ke syurga kelak . Maka bertanya Umar yang berada di sebelah kanan Nabi : Demi ayah dan ibuku ya RasuluLLAH, bagaimana pula jika dua anak ? Sabda Baginda : Begitu juga jika dua .
اثالث:قوله (ص) حينما دخل على أم سلمةرضي الله عنها عقب موت أبي سلمة:(( اللهم اغفر لأبي سلمة،وارفع درجته في المهديين،واخلفه في عقبه في الغابرين،واغفرلنا وله يا رب العالمين،وافسح له في قبرة،ونور له فيه)).
وقد مضى بتما مه في المسألة.
Ketiga : Sabda Baginda – selawat dan salam ke atasnya – apabila bertemu dengan Ummu Salamah sejurus selepas kematian Abi Salamah ( suaminya ) : Ya Allah ampunkanlah Abi Salamah, tinggikanlah darjatnya di kalangan orang yang mendapat hidayah , dan gantikannya / atau tinggalkan selepasnya dalam kelompok ......................... , ampunkanlah dosa kami dan dosanya wahai Pemilik Sekalian ‘Alam, luaskanlah kuburnya dan terangilah kuburnya .
Perkara ini telah dijelaskan sebelumnya.
الرابع:قوله (ص) في تعزيته عبد الله بن جعفر في أبيه: ((اللهم اخلف جعفرا في أهله،وبارك لعبد الله في صفقة يمينة (قالها ثلاث مرات).يأتي بتمامه في المسألة التالية.
Keempat : Kata-kata Baginda – selawat dan salam ke atasnya – keti memberikan ucapan takziah pada ‘AbduLLAH bin Ja’far atas pemergian bapanya : Ya ALLAH, berilah ganti Ja’far di dalam keluarganya , dan berkatilah ‘AbduLLAH dalam perjanjian .............. ( baginda menyatakan sebanyak 3 kali ) .
Perkara ini akan dinyatakan dengan terperinci pada perbincangan berikutnya.
-ولا تحد التعزية بثلاثة أيام لا يتجاوزها،بل متى رأى الفا ءدة في التعزية أتى بها،فقد ثبت عنه (ص) أنه عزّى بعد الثلاثة في حديث عبد الله بن جعفر رضي الله عنهما قال:((بعث رسول الله جيشا استعمل عليهم زيد بن حارثة وقال:((فاءن قتل أو استشهد فأميركم عبد الله بن رواحة)).
Takziah tidak dihadkan untuk 3 hari sahaja tanpa melebihinya, namun ucapan takziah diucapkan bila-bila sahaja dirasakan ada faedah untuk dinyatakan. Telah terbukti bahawa RasuluLLAH – selawat dan salam ke atasnya – mengucapkan takziah selepas 3 hari berdasarkan hadith ‘AbduLLAH bin Ja’far –radiyALLAHu ‘anhuma - : RasuluLLAH telah mengutus tentera yang dipimpin oleh Zaid bin Harithah dan Baginda bersabda : Jika Zaid terbunuh atau syahid , maka pemimpin kamu adalah ‘AbduLLAH bin Rawwahah . ( teks arab hadith ni mc terpotong, patut ada nama Ja’far sebelum ‘abduLLAH rawwahah )
فلقوا العدوا،فأخذ الراية زيد فقاتل ختى قتل،ثم أخذ الراية جعفر فقاتل حتى قتل،ثم أخذها عبد الله فقاتل حتى قتل،ثم أخذ الراية خالد بن الوليد ففتح الله عليه،
Maka mereka bertempur dengan musuh. Zaid membawa panji tentera Islam dan berperang sehingga akhirnya terkorban. Kemudian Ja’far pula mengambil panji dan berjuang sehingga terkorban. Setelah itu, ‘AbduLLAH bin Rawwahah pula mengambilnya hinggalah terkorban. Akhirnya, Khalid al-Walid pula mengambil panji dan berjaya dalam peperangan itu.
وأتى خبرهم النبي(ص)،فخرج الى الناس فحمد الله واثنى عليه وقال:((ان اخوانكم لقوا العدو، وان زيدا أخذ الراية فقاتل حتى قتل واستشهد،ثم......ثم....ثم أخذ الراية سيف من سيوف الله خالد بن الوليد ففتح الله عليه))
Maka sampailah berita peperangan tersebut kepada Nabi – selawat dan salam ke atasnya - , lalu Baginda keluar menemui semua orang dan berucap dengan memuji dan memuja Allah serta bersabda : Sesungguhnya saudara-saudara kamu telah bertempur dengan musuh , Zaid telah membawa panji dan berjuang hingga akhirnya terkorban, kemudian... kemudian .. kemudian panji tersebut dibawa oleh pedang dari pedang-pedang Allah iaitu Khalid bin al-Walid, maka Allah kurniakan kemenangan padanya.
فأمهل، ثم أمهل آل جعفر ثلاثا أن يأتيهم، ثم أن تأهم فقال:((لا تبكوا على أخي بعد اليوم،ادعوا لي ابني أخي، قال:فجيء بنا كأنا أفرخ، فقال:ادعوا لي الحلق،فجيىء بالحلاق،فحلق رؤوسنا ثم قال:((أما محمد فشبيه عمنا أبي طالب،وأما عبد الله فشبيه خلقي و خلقي)).
Maka Baginda tunggu sehingga selepas 3 hari barulah Baginda mengunjungi mereka dan bersabda : Janganlah kamu semua tangisi adikku ( sepupu ) mulai hari ini. Panggilkanku semua anak-anak buahku. ‘AbduLLAH berkata : Maka kami didatangkan kepada Baginda dalam keadaan kami seperti anak-anak burung . Maka sabda Baginda : Panggilkanku tukang cukur. Maka dicukurkan kepala mereka satu persatu. Kemudian Baginda bersabda : Adapun Muhammad seumpama pak cik kita Abu Talib , dan ‘Abdullah pula seumpama diriku dan perangaiku .
ثم أخذ بيدي فأ شالها فقال:((اللهم اخلف جعفرا في أهله،وبارك لعبد الله في صفقة يمينه)).قالها ثلاث مرات.قال:فجاءت أمنا،فذكرات له يتمنا، وجعلت تفرح له.فقال:((العيلة تخافين عليهم وأنا ولهم في الدنيا والآخرة!؟))
Kemudian , baginda memegang tanganku dan ......... dan bersabda : Ya Allah gantikanlah Ja’far dalam keluarganya , dan berkatilah ‘AbduLLAH pada genggaman kanannya . Baginda menyatakannya sebanyak 3 kali . ‘AbduLLAH berkata : kemudian datang ibu kami, dia mengadu pada Baginda akan anak-anaknya yang telah yatim. Maka Baginda menggembirakannya dan menyatakan : Hidup susah yang kamu bimbangkan ke atas mereka ... sedangkan aku penjaga mereka di dunia dan akhirat ?! “
-وينبغي اجتناب أمراين وان تتابع الناس عليهما:
أ-الاءجتماع للتعزية في مكان خاص،كالدار،أو المقبرة،أو المسجد.
ب-اتخاذ أهل الميت الطعام لضيافة الواردين للعزاء.
وذلك لحديث جرير بن عبد الله عبد البجلي رضي الله عنه قال:((كنا نعد(وفي رواية:نرى) الاءجتماع الى أهل الميت،وصنيعة الطعام بعد دفنه من النياحة)).
Perlulah dielakkan dari melakukan dua perkara ini walaupun orang ramai selalu melakukannya :
1. Perhimpunan untuk mengucapkan takziah di satu tempat yang khas seperti di rumah atau kubur atau masjid.
2. Keluarga si mati menyediakan makanan untuk menjamu tetamu yang datang untuk mengucapkan takziah
Ini adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Jarir bin Abdullah al-Bajli – radiyALLAHU ‘anhu- : Kami menganggap ( dalam riwayat lain : Kami melihat ) perhimpunan di sisi keluarga si mati dan disediakan makanan untuk tetamu selepas dikebumikan adalah sebahagian dari an-Niyahah ( meratap kematian yang dilarang Islam )
قال النووي ((المجموع)):
((وأما الجلوس للتعزية،فنص الشافعي و المصنف وساءر ألأصحاب على كراهته،قالوا:يعني بلجلوس لها أن يجتمع أهل الميت في بيت فيقصدهم من أراد التعزية،قالوا:بل ينبغي أن ينصرفوا في حواءجهم فمن صادفهم عزاهم،ولا فرق بين الرجال والنساء في كراهة الجلوس لها)).
Imam an-Nawawi telah menyatakan di dalam kitabnya “al-Majmu”: Adapun perbuatan berhimpun untuk mengucapkan takziah, Imam asy-Syafie dan pengarang serta rakan-rakan lain ( dalam mazhab ) menyatakannya sebagai makruh. Mereka menyatakan : Yang dimaksudkan dengan berhimpun di sini adalah keluarga si mati akan berhimpun di rumah, kemudian sesiapa yang ingin ucapkan takziah akan datang. Mereka menyatakan lagi : Bahkan sepatutnya mereka perlu bersurai untuk urusan masing-masing ( selesai pengebumian ) , dan barangsiapa yang bertembung dengan keluarga si mati barulah mengucapkan takziah untuk mereka. Dan tidak terdapat sebarang perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam hukum berhimpun sebegini .

ونص الاءمام ااشافعي الذي أشار اليه النووي في كتاب:((وأكراه المآتم،وهي الجماعة،وان لم يكن لهم بكاء،فاءن ذلك يجدد الحزن،ويكلف المؤنة،مع ما مضى فيه من الأثر)).
كأن يشير الى حديث جرير هذا،قال النووي(واستدل له المصنف وغيره بدليل آخر وهو أنه محدث)).
Imam asy-Syafi’e ada menyatakan di dalam kitabnya menurut Imam an-Nawawi iaitu : Majlis kematian adalah makruh iaitu berhimpun kerana kematian walaupun tidak disertai dengan tangisan kerana ia hanyalah memperbaharui kesedihan dan meningkatkan tanggungan keluarga si mati dalam keadaan mereka baru melalui satu dugaan .
Pengarang dan selainnya berhujah dengan Hadith Jarir ini , malah Imam an-Nawawi turut berhujah dengan dalil lain, dan beliau adalah seorang ahli Hadith.
وكذا نص ابن الهمام في شرح الهداية على كراهة اتخاذ الضيافة من لطعام من أهل الميت وقال:((وهي بدعة قبيحة))..وهو مذهب الحنابلة كما في ((الاءنصاف)).
Sebegitu juga Ibn al-Hammam menyatakan di dalam Syarah al-Hidayah tentang haram bertamu dan makan pada keluarga si mati dan menyatakannya : Ini adalah Bid’ah yang buruk . Ini juga pendapat dalam Mazhab Hambali seperti yang dinyatakan dalam kitab al-Insof.
-وانما السنة أن يصنع أقرباء الميت وجيرانه لأهل الميت طعاما يشبعهم،لحديث عبد الله بن جعفر رضي اللة عنه قال:لما جاء نعي جعفر حين قتل قال النبي(ص): ((اصنعوا لآل جعفر طعاما،فقد أتاهم أمر يشغلهم،أو أتاهم ما يشغلهم)).
Sesungguhnya mengikut sunnah , kaum kerabat dan jiran si mati perlu menyediakan makanan untuk keluarga si mati. Ini berdasarkan hadith ‘AbduLLAH bin Ja’far –radiyALLAHu ‘anhu- yang berkata : Apabila sampai berita kematian Ja’far akibat dibunuh maka Baginda bersabda : Buatkanlah untuk keluarga Ja’far makanan, sesungguhnya mereka telah menghadapi satu perkara yang menyibukkan mereka sekeluarga.
قال الاءمام الشافعي في الاءمام:((وأحب لجيران الميت أن يعملوا لأهل الميت في يوم يموت وليلته طعاما يشبعهم،فاءن ذلك سنة،وذكر كريم، وهو من فعل أهل الخير قبلنا وبعدنا))
Imam asy-Syafi’e berkata di dalam kitabnya : Digalakkan bagi jiran si mati untuk memasakkan makanan bagi keluarga si mati pada hari dia meninggal dan malamnya, kerana sesungguhnya itulah Sunnah. Dan satu tanda ingatan yang mulia dan ia adalah perbuatan orang yang baik sebelum dan selepas kita.

PERHATIAN :
Akhi , ana pohon ma’af sebb agak sibuk dan lewat terjemahkan. Setakat ini yang mampu ana terjemahkan, kebanyakannya ana terjemahkan secara mafhum untuk memudahkan nta. Dan ana buat paragraph by paragraph supaya senang disemak. Apapun nta boleh rujuk pada orang yang lebih arif sebb takut2 ana tersilap terutamanya bila terjemahkan hadith.





qurratulayn wrote on Oct 12, '09
ReviewReviewReviewReview
I learned alot....thanks for sharing.
Add a Comment
How would you rate this book? (optional)
0 out of 5 stars