 | Category: | Books | | Genre: | Biographies & Memoirs | | Author: | Prof Abdul Malek 'Abdurrahman as-Sa'di |
Temuramah dijalankan pada tahun 2003 oleh Sdr Said Muhammad dan teks ini adalah terjemahan dari teks asal wawancara versi bahasa Arab. Prof berasal dari ar-Ramadi, Iraq dan kini berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Feqh, Fakulti Syari'ah Universiti Mu'tah.
TEMURAMAH BERSAMA UST. DR. ABDUL MALEK B. ABDUL RAHMAN AS-SA’DI
Pada hari Isnin yang lalu , 10 Zulkaedah 1423 Hijriyyah bersamaan 13 Januari 2003 Masihi seorang pelajar yang dipertanggungjawabkan untuk majalah ‘ Minang ’ Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan ( BKMNS ) telah bertemu dengan Ust. Dr. Abdul Malek Abdul Rahman as-Sa’di di pejabatnya di Kuliyyah Syariah bermula dari pukul 1.15 petang sehingga 1.45 petang dan beginilah perbualan mereka ……
Soalan : Sekiranya Dr. lihat bilangan pelajar Malaysia di Jordan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini semakin bertambah . Apakah pandangan Dr. terhadap perkara ini ?
Jawapan : Ini merupakan perkara yang bagus kerana sekiranya kita melihat kepada para pelajar Indonesia ( sebagai contoh ) mereka merupakan para pemuda yang alim kerana mereka pergi ( ke luar negara ) untuk memahami ilmu agama dan kemudian kembali ke negara mereka untuk urusan dakwah Islamiyyah dan mendekatkan manusia untuk thaqofah Islamiyah dan memberikan kefahaman kepada orang-orang Islam Indonesia dari segi pengajian dan kepulangan mereka . Dan ini menunjukkan di sana perlunya kepada kesatuan ( pelajar ) untuk merealisasikan perkara ini sebagai melakukan amalan kebajikan ( kepada masyarakat ) .
Soalan : Adakah keadaan kami ini sebagai penuntut ilmu menepati firman Allah Azza wa Jalla sebagaimana yang terkandung di dalam al-Qur’an , Surah at-Taubah ayat 122 ?
Jawapan : Ya , sebagaimana firman Allah : ” Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang beriman itu pergi semuanya ( ke medan peperangan ) . Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya , supaya mereka itu dapat menjaga dirinya “
Soalan : Daripada ayat ini menunjukkan bahawa kewajiban kami dengan tanggungjawab melaksanakan peranan mengingatkan masyarakat kami apabila kami kembali kepada mereka kelak ?
Jawapan : Ya , kemudian Allah telah menjadikan jihad ini kepada dua . Jihad dengan mata pena dan jihad dengan mata pedang . Maka barangsiapa yang berjihad dengan menggunakan mata pena maka dialah yang telah memberikan peringatan kepada umat .
Soalan : Sebagaimana yang kami sedia ketahui , ilmu ini tidak dapat tidak hendaklah kami pergi kepadanya ( mendapatkan dan mencarinya ) akan tetapi dalam situasi Dr. bersama kami menunjukkan ilmu itu mendatangi kami . Apakah sebabnya kamu bertindak sedemikian ?
Jawapan : Hakikat asalnya adalah ” Ilmu itu didatangi , bukan mendatangi “ akan tetapi apabila saya mengirakan bahawa pemergian saya kepada kamu lebih mudah daripada kemampuan kamu untuk datang kepada saya kerana jumlah dan bilangan kamu besar dan memerlukan kepada pengangkutan . Boleh jadi waktu pengajian tersebut hanya ada sedikit sahaja pengangkutan . Sekiranya keadaan bertambah mudah , maka saya katakan ’ Datanglah ‘ kepada kamu semua . Namun sekarang ini pemergian saya kepada kamu lebih mudah daripada kesanggupan kamu datang kepada saya .
Soalan ; Apakah pandangan Dr. terhadap kami semua ?
Jawapan : Demi Allah , pelajar Malaysia terbahagi kepada dua kelompok . Kelompok pertama adalah mereka yang sangat menjaga dan memelihara pengajian mereka di samping sentiasa mengikuti pengajian dari segi ilmu yang tidak dipelajari di universiti . Manakala kelompok yang kedua mereka datang ke sini semata-mata untuk mendapatkan sijil dan akan pulang . Dan mereka tidak akan menghadiri dalam majlis ilmu yang tidak mengutamakan dan tidak mengandungi sesuatu untuk sijil mahupun markah mereka . Akan tetapi telah berlangsunglah ketetapan atau perjalanan sebagaimana yang dilalui penuntut-penuntut ilmu yang dahulu iaitu mereka yang suka untuk mempelajari ilmu sedikit bilangannya , sebagaimana yang saya lalui ; kami duduk bersama Syeikh kami dalam bilangan yang ramai namun hanya satu atau dua sahaja daripada mereka yang benar-benar terkehadapan atau menonjol dalam ilmu . Barangsiapa yang dijadikan Allah kepadanya ke arah menguasai ilmu maka wajib ke atasnya untuk bersyukur kepada Allah dan wajib juga ke atasnya untuk menasihati individu lain untuk tidak mensia-siakan peluang ( tika ini ) kerana pelajaran yang rasmi ( di universiti ) tidak menjadikan seseorang itu alim dan tidak dapat tidak mestilah dengan pengajian tambahan seperti halaqah-halaqah ilmu .
Soalan : Bolehkah Dr. ceritakan kepada kami tentang zaman pengajian Dr. ?
Jawapan : Berkenaan pengajian saya , saya telah belajar al-Qur’an dan Nasafiah ( kitab Aqidah ) kemudian saya memasuki sekolah rendah namun tidak menamatkannya kerana bapa saya tidak sukakannya . Selepas saya belajar membaca , menulis dan mengira saya telah memasuki sekolah agama pada tahun 1948 . Seterusnya saya belajar di masjid-masjid sehingga tahun … saya terlupa namun selama tempoh ini saya habiskan untuk pembelajaran . Selepas itu saya sambung pelajaran ke peringkat yang tinggi dan selepas universiti dibuka saya memasukinya dan sebaik tamat dari universiti saya mengambil Sarjana ( MA ) dan seterusnya ( Ph.D ) di tempat saya . Akan tetapi pengajian kami adalah seperti berikut : Pada waktu pagi kami menghafaz dan juga mengikuti pengajian . Selepas Zohor kami menghafaz matan dan sebahagian syarahnya . Apabila kami selesai mengaji sesebuah kitab maka Syeikh akan memdengar bacaan kitab tersebut dan menyoal kami dari awal sehingga akhir kitab tersebut dan kami akan menjawab persoalan beliau . Selebihnya kami menghafaz matan-matan beserta i’rabnya dan setelah itu kami mula membaca kitab-kitab yang besar ( luas dan panjang perbicaraannya). Setiap daripada kami belajar dan kami mengulang semula apa yang kami belajar . Kami belajar bermula pukul 7 pagi dan berakhir pukul 12 malam dan kemudian kami tidur . Manakala kitab-kitab yang kami pelajari berperingkat-peringkat , bermula dari kitab yang kecil seterusnya besar dan lebih besar lagi . Manakala pengajian di masjid pula , setiap pelajaran yang dipelajari seakan-akan menjadikan kami mahir dalam pelajaran-pelajaran itu dan kerana itu kami belajar Nahu , Sorof , Aqidah , Mantiq , Balaghah , Faraidh dan Tajwid . Kesemua ini kami pelajari sebagai tambahan kepada pelajaran Fiqh dan Usulnya , Hadith , Tafsir dan Ulum al-Qur’an dan apabila saya ingin mendapatkan ijazah saya telah pun mahir dalam Fiqh al-Muqaranah .
Soalan : Adakah tidak mustahil bagi kami untuk menguasai kesemua ilmu syariah sepanjang kami belajar di sini ?
Jawapan : Boleh , akan tetapi perlu kepada waktu yang panjang dan juga memerlukan kepada kepelbagaian ( ilmu yang dipelajari ) malah tidak memadai dengan belajar satu pelajaran sahaja dalam seminggu seperti seminggu sekali Nahu , seminggu sekali Sorof dan seminggu sekali Aqidah . Setiap dari kami dalam setiap hari membaca Feqah dan Nahu serta sebagainya . Pendek kata , kami belajar 6 pelajaran setiap hari dan dalam seminggu kami telah memperuntukkan keseluruhannya 5 jam untuk pelajaran ini , 5 jam untuk pelajaran ini dan begitulah seterusnya .
Soalan : Bagaimanakah sifat dan ciri-ciri pelajar menurut pandangan Dr. ?
Jawapan : Penuntut ilmu mestilah menjadi seorang yang memelihara (ilmu). Bahkan tidak meninggalkan sesuatu masalah sehinggalah dia memahami ( penyelesaiannya ) walaupun ketika itu Syeikh ( guru ) telah pulang namun wajib baginya untuk faham dan wajib juga baginya untuk bertaqwa kepada Allah kerana firman-Nya :
” Bertaqwalah kamu semua kepada Allah maka Dia akan memberikan ilmu kepada kamu semua “
Ilmu yang mendatangkan kesan taqwa adalah ilmu yang paling asas manakala sifat kedua adalah mempraktikkan apa yang dipelajari malah merealisasikannya pada diri sendiri . Berusahalah untuk beriltizam dengan sunnah Nabi SAW di samping meninggalkan perkara yang haram mahupun yang makruh .
Soalan : Apakah nasihat Dr. untuk kami semua ?
Jawapan : Untuk kamu dan sahabat-sahabat kamu , hendaklah kamu semua merebut peluang dengan tidak mensia-siakan masa ( selama berada di sini ) . Sebahagian dari sahabat-sahabat kamu , antara masalah kebiasaan mereka ini adalah mereka pergi ke Amman dan pada masa yang sama mereka meninggalkan pengajian . Sekiranya kamu lihat situasi saya , saya yang mengajar kamu akan tetapi kadangkala saya terpaksa pergi sesuatu tempat maka saya katakan kepada diri saya sendiri : Tidak , esok saya mengajar maka saya mesti datang ( untuk mengajar ) . Maka saya akan pasti datang sekiranya saya mengajar namun kamu yang duduk ( belajar ) dengan saya lebih ramai akhawat dari syabab kerana sebahagiannya pergi ke Amman . Ini menunjukkan ada rintangan dalam diri mereka sendiri . Kerana itu Imam Syafie ra telah bermadah :
Barangsiapa yang tidak merasai kesengsaraan dalam menuntut ilmu sesaat , Dia akan meneguk kepedihan kejahilan sepanjang hayatnya. Barangsiapa yang tinggalkan pelajaran waktu mudanya, Maka angkatlah takbir ke atasnya sebanyak 4 kali .
Beginilah apa yang saya faham dan saya amalkan sehinggalah sekarang ketika usia saya 66 tahun . Selain itu hidup ini adalah (pada) nafas . Dan kita sama sekali tidak akan mengetahui bilakah kita akan mati .
  | Alhamdulillah, artikel ni benar-benar memberi peringatan kepada saya untuk terus mengembara di lautan ilmu... cintai ilmu dan carilah keberkatan dan redhaNya.. |
| |
|